Saturday, October 22, 2011

cInTa

'Cinta'..
"Bermula daripada tiada, dengan sebap dan alasan tersendiri, cinta itu wujud"...
Ia adalah suatu perasaan yang muncul dalam diri bila berhadapan dengan satu situasi;..Memerlukan!!..
Apabila diri memerlukan dan diperlukan, usia, rupa atau pangkat bukan lagi halangan atau ukuran dalam Cinta. Sifat cinta adalah bebas tanpa syarat kecuali sama-sama memerlukan.

"Diperhiaskan pada pandangan manusia, kecintaan terhadap apa yang diingini"...
Namun harus berhati-hati dengan cinta, kerana keinginan kadangkalanya sanggup menuruti kehendak. Sehinggakan maruah dan harga diri musnah kernanya.
Walaubagaimanapun cinta itu tak perlu dipersalahkan. Yang salahnya adalah apabila cinta dan kasih sayang dijadikan alasan untuk mehalalkan perlakuan- perlakuan yang sumbang.
Bercinta itu juga bukanlah satu dosa bahakan ia seperti ibadah andainya ALLAH turut diundang untuk memimpin cinta itu. Tetapi sebaliknya jikalau cinta itu dilaksanakan mengikut tuntutan hawa nafsu yang tidak terkawal serta tidak segan-segan merealitikan hasutan syaitan.

'Cinta'..
Pada asasnya adalah untuk saling menyelamatkan, melindungi dan saling membahagiakan. Janganlah meletakan cinta itu pada harapan dan mencintai seseorang itu dengan sepenuh hati. kerna ia seperti saja meletakan diri kepada makhluk yang belum tentu mampu memberikan kebahagian. Sepatutnya cinta itu harus diletakan kepada Tuhan yang maha mengerti, kerna dia jugalah yang mampu menciptakan segala-galanya.

Harus diingat "Sebelum ada, adalah tiada dan selepas ada juga boleh ada tiada"..
Jika mengharapkan luahan cinta di awal percintaan atau di awal perkahwinan, memang tidak memadai. kerna cinta yang lahir atas dasar suka sama suka boleh berpisah akhirnnya. Puncanya kerna cinta yang telah ada itu dibiarkan membeku dengan pendirian cinta yang kononnya akan tetap hangat mekar walaupun tanpa siraman kasih sayang.

"Embun pun takkan mampu menyuburkan sekuntum bunga yang layu pada musim luruh, yang dahulunya mekar di sinar suria, bila sudah kering pasti akan gugur"..

'Cinta'
Bukan sekadar perasaan yang disimpan, tetapi perlu dihangatkan setiap masa dan ketika..huhu..ngeh..

                                                                                                                         By:Mrdy kaka

Monday, August 22, 2011

TeRSirAT DaLaM KesEdiHan

"Umpama jatuh ditimpa tangga, ditimpa pula dinding rumah"..!! huhu..
Walaupun merasakan diri ini kunun positif, tetapi masih saja mengalami perasaan jiwa yang lara. Mungkin kerana hakikatnya kita manusia biasa yang lemah dengan sifat emosi yang telah dianugerahkannya. Hidup sebagai manusia perlukan "kelaraan" dalam mencari "kebahagiaan" dan dalam setiap kebahagiaan itu akan wujud kelaraan yang acap kali membuatkan kita rasa sedih dan nestapa. Adalah sudah menjadi fitrah kejadian dalam kehidupan manusia, iaitu hidup ini dituntut agar "bahagia dan membahagiakan".

Seteguh apa pun keimanan, kita tetap akan mengalami jiwa yang lara. kerna ia adalah wadah untuk menyedari bahawa kita perlukan kekuatan diri untuk bangun dan lebih berdikari. Sebenarnya ketika kita bersedih, kita sedang membuang ego sedikit demi sedikit. Kerna tanpa kesedihan, keegoan kita semakin menebal dalam diri. Sedar tak sedar, dalam arus kehidupan sekarang ini. Kita sedang membina tembok keegoan dengan pujian serta kehendak. Apabila datang kejayaan demi kejayaan, kita mulai alpa dan menjadikan ego itu semakin tebal. Tembok ego yang menebal itu telah menyebapkan kita mulai menjarakan diri padanya maha pencipta Tuhan kita. Maksudnya, melakukan pesekutuan dengannya tetapi jauh dari rasa kedekatan. Berdoa tetapi dengan yakin kejayaan yang diperolehi adalah atas usaha sendiri dan bukan kerna pemberiaannya. Kita inginkan keluraga serta sahabat-sahabat memberi sokongan moral dan menemani dikala ketika kita menghadapi jiwa lara. Tetapi kita lupa bahawa sebenarnya dia  Allah dan Tuhan kita sentiasa  ada memberi lebih daripada sokongan dan dialah juga peneman yang abadi.

Oleh kerna itu dengan kasih sayangnya, diberikannya suatu keadan yang bakal membuatkan kita bersedih hati, berjiwa lara. Apabila keadaan ini kita lalui, tembok ego yang terbina selama ini akan mulai rapuh. Jiwa yang lara dan kesedihan yang telah diberikannya sebenarnya bukan untuk menyakiti tetapi untuk melembutkan hati. Pemberiaannya juga bukanlah perosak tetapi pembina kehalusan rasa. Maka pemberian rasa itulah yang akan memecahkan tembok keegoon agar kita mulai kenal erti sebenar kebahagiaan.

Justeru itu, apabila mengalami jiwa yang lara. Rawatlah dengan api cinta yang membara. Api cinta yang semakin terang dan tidak akan tepadam bahakan semakin mengasyikan. Kembalikan segalanya kepada dia Tuhan kita yang maha mengerti dan mengetahui segalanya. Kerna  disisi-Nya ada sang cinta yang sentiasa membahagiakan.. ^_* ngeh..


By: Mrdy kaka.

Saturday, July 9, 2011

Anugerah.^_^

Cinta adalah anugerah Allah kepada manusia. Sebagai anugerah, cinta seharusnya menuntun manusia untuk saling melengkapi dalam menyatakan kemuliaan dan kasih Allah yang agung. Cinta seharusnya tidak buta dan tidak membutakan seseorang dalam menjalani hidup, tetapi memampukannya membina hidup yang berkualiti dan berbuah.






SUSAHNYA LANGKAH AWAL

Di sepanjang hidup, kita memang selalu diperhadapkan dengan keputusan-keputusan yang harus diambil. Biasanya, sebelum mengambil keputusan kita diperhadapkan dengan keraguan, ketakutan, atau kekuathiran, apakah keputusan yang kita ambil itu tepat. Namun, yang dikatakan firman Tuhan hari ini luar biasa. Cuba renungkan kalimat "Tuhan menetapkan langkah-langkah orang". Ini berarti bahwa di dalam Tuhan sesungguhnya kita akan mendapatkan langkah-langkah yang pasti, walau terkadang kita tidak tahu apa yang akan kita alami esok hari. Ini adalah janji Tuhan.

Namun, harus dicermati juga bahwa janji ini mengandung syarat, yaitu "bagi orang yang berkenan kepada-Nya". Ertinya, apabila kita memang ingin mendapat bimbingan Tuhan dalam mengambil keputusan maka hal pertama yang harus kita lakukan adalah hidup berkenan di hadapan-Nya. Allah telah menyatakan setiap kehendak-Nya melalui firman Tuhan. Dan, dengan kita mendengar serta taat pada firman-Nya, kita tengah dipimpin untuk menjalani hidup yang berkenan. Di dalam Dia, kita mendapat tuntunan yang terbaik, yang memuliakan nama-Nya.




MILIKILAH HIDUP YANG DIPERKENAN TUHAN

MAKA DIA AKAN MENETAPKAN LANGKAH-LANGKAH ANDA

        copy from:SABDA ^_^
posted by:Jessica

Saturday, June 25, 2011

Bebayang ilusi

Semalam..
Kembali datang,
Memburu angin yang berlalu,
Bak dinding ilusi,
Memerangkap merintih sepi..

Hari ini..
Bagai memberi erti,
Hari dalam cermin,
Retaknya telah terbelah,
Seperti mimpi bermain malam itu,
Berbisa,
Mematri suatu harapan,
Bagai menyahut hasrat nurani,
Memerankap merintih sepi..



Malam ini..
Mungkin akan jauh lagi merenungi diri,
Membongkar akan kekurangan dalam kelebihan,
Bak terang masih terlindung,
Memerangkap merintih sepi..

Dan esok..
Akan dirempuh azab sengsara,
Biar menjadi isyarat jiwa,
Memusnahkan kesedihan,
Akan hakikat yang dikaruniakan,
Biar terperankap merintih sepi,
Kerna kasih dan sayang,
Bukanlah untuk diperjudikan..

                                
                        




  by;Mrdy Kaka




Friday, June 17, 2011

iNDahNYa KeBEnCiaN

"Mungkin kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan mungkin kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Tuhan maha mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya"..

Kebencian menjadi perkara yang menjelikkan kerana kita yang menciptanya sebagai menjelikkan.
Tapi mengapakah kebencian itu sering dikaitkan dengan sifat yang negatif?
Kadang kala kita membenci seseorang itu hinggakan kita tidak mampu mendengar namanya. Apabila kita menceritakan kisah lama dan secara tak sengaja terlintas namanya dalam cerita kita maka dengan itu tiba-tiba rasa benci itu terbit seiring dengan emosi yang amat sangat.

Mengapa terus melayan kebencian itu seperti mana ia mahu di layan??
Sedangkan kebencian itu datang sebagai satu wadah pemberitahuan.
Sebenarnya Tuhan sedang melatih kita untuk mendalami rasa yang perlu kita singkirkan dalam hidup, agar kita mampu hidup sesama insan dengan penuh kasih dan sayang. kita sering kali membenci seseorang itu kerana dirinya. maka janganlah membenci seseorang itu kerana rencana yang telah Tuhan tentukan.

Perasaan kecewa dan membenci, cukup jelas mencerminkan bahawa yang perlu dalam kehidupan kita adalah kecintaan. kita tidak akan mengenal rasa cinta yang benar tanpa mengetahui apa ertinya benci. fahamilah bahawa apabila kita pernah merasa kecewa dan membenci, maka ia juga adalah penawar cinta yang bakal akan datang, cinta yang lebih dalam ertinya, cinta yang lebih kita fahami keberadaannya.

Cinta yang lebih dalam terhasil dari putik cinta yang kecil dan kemudiannya dikembangkan, hingga apabila sudah menjadi tahap matangnya, ia menjadi lebih indah daripada apa yang disangka.
Buktinya mudah, apabila datang kebencian terhadap sesuatu perkara, barulah kita mengingati Tuhan, doa yang dahulunya ala kadar, barulah penuh perasaan. Jika benar-benar difahamkan, maka akan lebih banyak berterima kasih kepada rasa kebencian itu, kerana sudah berjaya menukrnya agar kita menjadi insan yang lebih bergantung kepada dia yang satu "Tuhan dan Juruselamat".

Bak kata seorang pendeta;
               
       "Siapa yang ingin mengetahui kedudukanya di sisi Tuhan, hendaklah dia mengamati bagaimana kedudukan Tuhan dalam dirinya. kerana Tuhan menempatkan hamba-Nya dalam kedudukan, sebagaimana dia menempatkan kedudukan ALLAH pada dirinya"...

Maka dengan itu kita perlu duduk bersama-Nya dan menerima pemberian rasa itu dengan kenikmatan. kerana dalam kebencian itu ada yang tersiratnya. kebencian juga adalah suatu rahmat dalam menjalani litar kehidupan ini.
Layanlah kebencian itu dengan Tuhan, kerana kebencian itu akan mengajar kita mencintai Tuhan. Hindarilah diri kita dari mengikut kebencian kerana jalan akhirnya adalah kemusnahan. kebencian itu datang kerana ia mendidik agar kita pulang kepada maha pencipta dan ia tak pernah datang mengharapkan kita mengikutinya.

Monday, June 6, 2011

Tangis dlm senyum

Adakalanya,..
keselesaan menjadi pembosan..
menghilangkan apa yg sepatutnya dicari..
Tercari-cari.. lagi.!!! dan tak kan dicari....
mendung bergerak mengaburi panas ceria sang matahari...
hujan tertanya-tanya dan di sebut.. "hujan".... untuk apakah bertanya...
begitulah bermacam ketidakpastian luahan persoalan yg cuba untuk menjerat..huhu..

Tangan bergerak lagi...,
kehidupan ini..
dikala terbit selesa..
seiring juga keresahan..
bukan!!!.. inikah yang ku mahu...??? Tidak...
apakah tuhan sengaja menguji... layak kah diri ini diuji...
oh tidak...
sebenarnya tuhan tidak akan pernah membebani seseorang ini..
melainkan kesanggupan seseorang ini melalui dua perkara.. baik dan jahat.. ya.. baik dan jahat!

laluan hidup tercipta kerna pengalaman..
Cinta dan kehidupan..
seperti cinta..
bila saling mencintai, tiba-tiba cinta memilih untuk pergi..
siapa dan apakah perlu untuk di persalahkan.. tk perlu untuk dipaksa merelakan..
kerna setiap apa yg berlaku pasti ada yg tersembunyi...
jawapan akn menyusul selapas masa silih berganti..
ingatkan hati..
jangan ada kesempatan..
jangan memilih pasangan..
kerana cinta akan memilih untuk singgah di hati sesiapa..
terimalah apa pun yg berlaku dangan penuh keredaan dan syukur kepadanya "Tuhan",
kerana betapa mulianya kasihnya sehinggakan sanggup untuk membangunkan kita dari kelekaan dosa-dosa..

kerana adalah pasti,..
cinta akan datang jua kepada mereka yg masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. kepada mereka yg masih percaya walaupun mereka pernah dikhianati. kepada mereka yg masih ingin mencintai, walaupun mereka telah di sakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan utk membangunkan kembali kepercayaan..

"jangan"..

"jangan", sesakali mengucapkan slmt tinggal jika kmu masih mahu mencuba...
"jangan", sesekali menyerah jika kmu masih merasa sanggup..
"jangan", sesekali mengatakan kmu tidak mencintainya lagi jika kmu masih tidak dapat melupakanya..

"adalah amat menyedihkan apabila ditemukan dgn seorang yg sangat bererti dlm hidup. hanya utk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan harus dibiarkanya pergi"..

Apakah benar perasaan cinta itu dimulai dari mata??, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga.
"jangan"
jika apabila ingin berhenti menyukai  seseorang, cukup dgn sekadar menutup telinga. tetapi apabila kmu cuba menutup matamu dari orang yg kmu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan akan terus tinggal dihatimu dlm jarak waktu yg cukup lama.

   Al-kisah tentang 2 titis air mata yg jatuh dan mengalir di sebuah sungai;
   satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,
 " saya air mata seorang gadis yg mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilanganya. kmu siapa pula?"
   air mata yg kedua menjawap,
 " sya air mata seorng lelaki yg menyesal membiarkan seorang gadis yg mencintai sya berlalu begitu saja".
  Maka cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.
Kasih murni ialah kasih ibubapa kepada anaknya, manakala cinta sejati ialah kasih tuhan kepada hambanya.
by: mardy kaka

Sunday, June 5, 2011

12 kata "Jangan" yg perlu dihindari :

1.Jangan menunggu bahagia baru tersenyum,tapi tersenyumlah,maka kamu kian bahagia.
2.Jangan menunggu kaya baru bersedekah,tapi bersedekahlah,maka kamu semakin kaya   
3.Jangan menunggu termotivasi baru bergerak,tapi bergeraklah, maka kamu akan   
   termotivasi.  
4.Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli,tapi pedulilah dengan orang lain! 
     Maka kamu akan dipedulikan...   
5.Jangan menunggu orang memahami kamu baru kamu memahami dia,tapi Fahamilah 
   orang itu, maka orang itu Faham dengan kamu.   
6.Jangan menunggu terinspirasi baru menulis,tapi menulislah,maka inspirasi akan hadir 
   dalam tulisanmu.   
7.Jangan menunggu projek baru bekerja,tapi bekerjalah,maka projek akan   
    menunggumu.   
8.Jangan menunggu dicintai baru mencintai,tapi belajarlah mencintai,maka kamu akan   
   dicintai.   
9.Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. 
   Percayalah,bukan sekadar wang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.  
10.Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti,tapi bergeraklah,maka kamu akan 
      menjadi contoh yang diikuti.   
11.Jangan menunggu sehingga berjaya baru bersyukur.tapi bersyukurlah,maka bertambah 
     kamu berjaya. 
12.Jangan menunggu boleh baru melakukan,tapi lakukanlah! Kamu pasti boleh! "Apa   
     yang kamu tanam itulah yg akan kamu tuai "  



 sumber: unknown

posted by:Jessica^_^
just for fun...

Sunday, May 22, 2011

Dia

Jika sang cinta, datang dan tertawa melintasi d hadapanmu,..
Apakah akan dirimu menyambutnya dan ikut tertawa d sampingnya???

Jika sang cinta, datang sambil tersenyum padamu,..
Apakah akan dirimu merangkulnya utk berjalan dgn mu, lalu memberinya senyuman terindah yg kau miliki???

Jika sang cinta, datang dan berlari kearahmu,..
Apakah akan dirimu menangkapnya dan mendakapnya dgn penuh kehangatan???

Apa yg akan dirimu perbuat dgn sang cintamu??
ketika dia ada d hadapanmu, apakah akan dirimu mendiaminya...?

           "Dan diri kmu yang sebenar sedang berada d hati mu, hanya menanti waktunya untuk tampil kehadapan.... dan dia adalah sekuat dirinya yg bersuara itu...- bagaimana dia telah menyentuh hidup mu, bahkan, telah menjadi hidupmu??"
   "Dan dirimu akan dapati kmu yg sebenar dalam dirimu tidak akan sekali-kali mengecewakan dirimu"..

Sambutlah dia walau hanya dgn senyum simpulmu..
Layakan dirimu menghargai kedatanganya..
Rangkul dia seperti dirimu menganggapnya hal yg sangat berharga buat hidupmu dan tk ingin kehilanganya lagi...

Dia sang cintamu,..
jadiakn dia hal yang terindah dalam hidup mu.
          





by: Mrdy kaka

Tuesday, April 19, 2011

Gelombang emosi

Begitu cepat putaran masa berlalu,
tk sempat ku melihat kelibat masa depan ku,... mungkin...,!

aku cuba mengimbas kelibat masa laluku..
sememangnya aku telah banyak membiarkan waktu.. iya.. waktu!
berlari meninggalkan diri ini d setiap irama masa yg berdetik..
salah kah aku telah memberi ruang dan masa kepada kekurangan diriku ini...???
apakah diri ini terlalu jahat sehinggakan aku menyedari kebaikan itu wujud...???

aku cuba untuk mengerti...
apakah kehidupan ini seperti ombak d lautan???
atau apakah kehidupan ini satu misi...???

sering kali kita menempuhi kesukaran...
gelombang godaan duniawi, kegagalan, kekecewaan...
semuanya serba tak kena... bermacam persoalan emosi...
Adakalanya kita menangis,
Adakalanya kita merintih,
Adakalanya kita bosan... kerana bermacam keperitan yg di lalui..
Apakah semua ini terjadi kerna rimbunan dosa...
atau kerna kerakusan mengejar kesenangan duniawi...

kini sedarlah aku tentang kehidupan ini..
ia seperti pelayaran,...menuju arah ke hadapan...
kadangkala semangat dan jati diri terpisah oleh persinggahan..
persinggahan yg mencipta pengalaman..

Akhirnya,..
Untuk meneruskan hidup ini..,
jaganlah sesekali menjadikan ombak sebagai alasan..
memudarkan keyakinan, kesetian dan kepercayaan kita padanya tuhan kita..
kerna kita dan ombak hidup penuh dgn ketidakmengertian...

                                                                      By;Mrdy Kaka

Monday, March 14, 2011

Waktu yang Terindah

Ya Tuhanku,
Engkau telah menemukan aku pada seseorang wanita yg telah sanggup mencintai dan mengasihi akan kekurangan ku ini, yg sanggup menerima akan ketidakberadaan ku ini.
Tetapi ya tuhan jadikanlah dia seorang wanita yg mempunyai hati yg amat mencintai engkau lebih dari diriku.
kerana hal itulah yg membuatku meyayanginya, bukan kerana paras rupanya yg cantik mahupun bentuk fizikilnya yg menarik, tetapi kerana keteguhan hatinya yg benar-benar mencintaimu ya Tuhanku...

Janganlah jadikan aku lelaki yg berbangga kerna dicintai tetapi ku pinta agar aku dapat membahagiaknnya dan sekligus membuatkan dia bangga kerana kasih karunia yg engkau berikan kepada ku ya Tuhanku..
Jadikanlah dia seorang wanita yg sempurna pada pandanganmu ya tuhan walupun ia tidak pada perkiraannya sendiri. Agar dia mempunyai kekuatan semangat jati diri yang tinggi dan kepercayaan keyakinan yg jelas sehingga dia mampu menyokong dan meneguhkan  iman hidupku ya Tuhanku..

Ya Tuhanku,
Jadikanlah dia seorang kekasih dan sahabat terbaik di setiap waktuku sepertimu ya tuhan..
supaya aku mampu tersenyum di hari2 sukarku dan biarlah senyumanku mengatasi segala kesedihannya..
Aku juga meminta padamu ya Tuhanku agar aku sentiasa mempunyai tenaga di waktu keletihanku agar aku selalu berdoa untuknya dan juga tentang kebahagian hubungan kami kepadamu ya Tuhanku..
berikanlah kami penglihatan dan pemikiran tentang hal-hal yg baik di antara kami sehinggakn hal-hal yang buruk tengelam oleh kasih kebaikan yg engkau berikan ya Tuhanku..

Ya Tuhanku,
ku pinta agar engkau sentisa memberikanku petunjuk yang penuh dengan kebijaksanaan di setiap penulisan dan pertuturanku. Agar "bisikan suara" hatiku mampu memberikannya semangat dan sokongan di setiap langkah perjalanan hidupnya yg mendatang..

Dan ya Tuhanku,
sehinggalah di hari 2 jiwa menjadi 1 di mana hari perkhawinan kami nanti, kami berdua dapat mengatakan "betapa maha besar kasih yang engkau berikan kerana telah memberikan pasangan yang dapat membuat hidup ini menjadi sempurna"..
Aku amat yakin dan percaya bahawa engkau inginkan kami bertemu pada masa yg tepat sesuai seperti yg engkau telah rencanakan..
dan engkau juga telah melakukan sesuatu yang indah sesuai pada waktu yang kau tentukan.. ya Tuhanku Amen...


By;Angel D'Maria Mrdy.

Thursday, March 10, 2011

Sinar kebenaran

Hari2 berlalu, berpesta  setelah menewaskan ku,
Mengalahkan perasaan, menjerat sanubari..
Namun ku teruskan langkah maju kehadapan,
Dengan harapan menemukan sesuatu,
Mencari jawapan kepada seribu persoalan,
Demi memuaskan hati semua pihak..

Tak pernah terfikir akan rentak langkah kaki,
Dalam sedar tak sedar langkah kakiku terhenti,
Di persimpangan jalan kehidupan,
Sememangnya telah nyata aku telah jauh terpesong,
Dari jalan yang sebenarnya..
Gelisah memporak-parandakan hati,
Entah dimanakah garis penamat..

Dalam kekeliruan bermacam persoalan,
Seseorang insan telah diutuskan kepadaku olehnya,
Memberi petunjuk jalan yang sebenarnya harus ku lalui,
Berpandukan "bisikan perasaan" bukan dengan akal..
Itulah antara mujizat tuhan yang telah ditunjukan kepada ku,
Memimpin aku kepadanya semula..
Menyedarkan tindakan tanpa kawalan...
Memberi petunjuk dan membawaku,
Keluar dari jalan yang bercabang dan tak berpenamat..
Agar aku kembali pada jalan sinar kebenaran.
Bukankah tuhan sangat sayang padaku!!!!

RENUNGAN BERSAMA
"kita tidak pernah menyedari bertapa baikanya cara kita berfikir, sehinggakan kita cuba untuk melupakan sesuatu perkara yang pernah terjadi dalam hidup kita"...

"Kadang-kadang Tuhan sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. kita tertanya-tanya ke mana hilangnya si matahari, Rupa-rupanya Tuhan hendak memberikan kita pelangi"...
                                                                    By;Mrdy kaka

Sunday, February 27, 2011

Sebenarnya

Kebahagian yg sya rasa dari mencintai dirinya akan bertukar menjadi pendorong utk sya beribadah lebih rajin lgi. segala apa yg sya lakukan, sya niatkan sbagai ibadah, termasuklah berkerja dan bercinta.

Cinta membuat apa saja yg kita lakukan menjdi manis, jdi ringan, jdi senang. kebahagian dlm bercinta membuatkn hati tenang, girang berubah mjdi periang. Dari sikap periang itu muncul curahan idea yg tak pernah ada keringnya.

Emosi bahagia yg timbul kerana cinta membuat kita sentiasa gembira. Melakukan sesuatu ibadah kerna Tuhan juga membuat kita tenang. kita akn rasa bebas dari tekanan, bebas dari menanggung permasalahan.

Bayangkan,,, Bahagia kerana cinta sesama manusia dan bahagia cinta kerana merasa diri kita seorang hamba pada Tuhan Maha Esa, yg maha pemberi dan menentukannya.
Dah tentu kesanya membuatkan kita sentisa bersemangat dan gembira dlm hidup. Bukankah begitu??

Setiap kali sedang mencari inspirasi, carilah cinta. Setiap kali  kehilangan inspirasi, carilah Tuhan Yang Maha Esa. Gabungan rasa kehambaan pada Tuhan dengan rasa cinta pada kekasih, pasti inspirasi akan muncul tiba-tiba. Apa saja yg kita lakukan, pasti akan terlaksana dgn penuh rasa gembira. kerna Tuhan maha mengerti, mengetahui dan pemberi apa yg kita inginkan.
Mendekatkan diri kita pada Tuhan Maha Esa dan positifkan perasaan setiap kali kita memikirkan tentang si dia(kekasih). Niatkan di hati untuk membahagiakan si dia, bukan untuk mempermainkan perasaannya. Niatkan cinta kita padanya kerana Tuhan, kerana tuhan menjadikan kita berpasang-pasangan untuk saling mengenali di antara kita, dan menjadi peneman dlm hidup. cinta yg diiringi dgn keredhaan dari Tuhan Maha Pencipta akan dapat mengurangkan masalah dan halangan kita dlm percintaan. Tidak ada sikap merajuk-rajuk dan tidak ada sikap minta dipujuk-pujuk. tidak ada cinta bersyarat, tidak ada cinta sejati yang tidak berkesudahan dgn ikatan pernikahan. cinta sejati akan bahagia juga akhirnya. kita sendiri tidak akan mampu mengungkapkan kesan dari merasai kemanisanya.

Tempoh yg lama dlm perkenalan bukan ukuran sebuah kebahagian, apa yg penting, bukan apa yang telah berlaku sepanjang tempoh 7tahun yg telah berlalu tetapi apa yang akan boleh kita lakaukan selapas ini.(Gabungan dua elemen cinta, Cinta pada Tuhan dan Cinta pada sesama manusia).

By; Angel D'Maria Mrdy

Monday, February 21, 2011

inspirasi

beberapa petikan kata-kata inspirasi bagi wanita-wanita yang mungkin
sedang mengharungi masa yg sukar dalam hidup.
menempuhi peringkat, seperti,( " mengapa saya"," tidak adil",
" bagaimana org yg melakukan kesalahan terlepas begitu sahaja",
" bagaimana aku melalui semua ini".)
kadangkala, pengalaman pahit dalam hidup, membantu seseorang itu untuk menjadi yang lebih sempurna.
kadangkala pula, seseorang itu menjadi seorang yg terselamat yang mengorak langkah menuju hari-hari esok yg lebih cerah  dgn yakin dan berani, selalunya tanpa sebarang bantuan..


Tidak salah untuk berasa kecewa dan marah. tetapi jangan biarkan emosi dan perasaan negatif itu menguasai hidup sendiri. adalah lebih bijak dan baik jika dapat menyalurkan emosi dan perasaan negatif itu menjadi tenaga kepada tindakan yang lebih positif.

manusia terlalu banyak berbincang mengenai sudut negatif, mengenai perkara yang tidak kena. mengapa tidak cuba melihat dari sudut pandangan positif, menyentuh perkara tersebut dan mengembangkanya?

selalulah menaruh harapan,(selalu bersekutu dgnnya yg 1 tuhan kita).. apabila amalan menaruh harapan menjadi suatu tabiat,.. seseorang itu akan mencapai kegembiraan jiwa yang berkekalan. ( berharap dengan penuh keikhalasan).
Anggaplah yg harapan akan kembali cerah. anggaplah yang doa kita itu akan terkabul dalam cara yang menakjubkan. kemarau hidup tidak akan berkekalan. hujan musim bunga akan kembali..

Apabila syurga hendak menganugerahkan tanggungjawap yg berat ke atas seorang insan, pertama sekali, ia akan menguji kekuatan mindanya dgn mengenakan penderitaan, membebankan otot-otot dan tulangnya dgn tugas-tugas yg menjerihkan, membiarkannya kelaparaan, menghalangnya daripada memiliki sebarang harta benda, dan menghancurkan segala yg dibinanya.
dengan cara ini, syurga meransang mindanya, mengawal kemarahannya dan memperbaiki kelemahanya.

sekirannya sya berpeluang berdiri  menghadap Tuhan pada akhir hayat saya, saya berharap agar saya tidak mempunyai saki-baki bakat yang tinggal dan saya dapat berkata, "aku telah  menggunakan segala apa yang telah engkau berikan kepada ku"..



by; Mrdy Kaka

Wednesday, February 16, 2011

"PENGKRITIK"

Walt Disney adalah salah satu raksasa entertainment terbesar di dunia ini. Apakah perjalanannya menuju sukses berlangsung mulus? Tidak selalu. Disney harus bertemu banyak pengkritik yang berusaha membunuh impiannya. Gagasan tentang tikus kartun pada zaman itu sangat konyol. Tak hairan Disney harus menelan banyak kritikan, sindiran, hinaan. Namun kini, kanak-kanak di seluruh dunia harus berterima kasih kepadanya karena berhasil mempertahankan impian dan tetap berusaha mewujudkannya.


Pengkritik tak memandang orang. Tak peduli betapa kerasnya Anda bekerja. Tak peduli betapa hebatnya gagasan Anda. Tak peduli betapa luar biasanya bakat dan kemampuan Anda. Tak peduli Anda orang yang sempurna. Anda tetap menjadi sasaran kritik. Tak seorang pun bebas dari kritikan. Semua dihadapkan pada pilihan: membiarkan kritikan membunuh impiannya atau memilih mempertahankan impian itu!


Yesus adalah figure sempurna. Namun, maksud baik Yesus pun disalah ertikan. Kebaikan Yesus menyembuhkan orang lumpuh, orang buta, dan orang bisu pun, dikritik habis. Jika Tuhan Yesus yang sempurna pun menuai kritikan hebat, apalagi kita. Ya, para pengkritik ada di mana-mana. Kita tak dapat lepas dari pengkritik. penyelesian terbaik adalah menghadapi semua kritikan itu dengan jiwa besar dan tidak membiarkan kritikan itu membunuh semua impian kita.


Apakah Anda sedang menuai sorotan serta kritikan tajam? Mungkinkah semangat Anda meredup atau bahkan hampir mati karenanya? Lihatlah bagaimana Tuhan Yesus menghadapi kritik. Bersemangatlah kembali dan raih lagi impian Anda selaras dengan hati-Nya? Serahkan diri pada pimpinan Roh Kudus! 





KRITIK DATANG TAK SELALU UNTUK MENYERANG

TETAPI AGAR KITA LEBIH TAHU APA ERTINYA BERJUANG!





Monday, February 14, 2011

Ada masanya....


Terdiam,
Menanti dalam kebisuan,
Hingga tanya tak lagi memerlukan jawap,
Dan pencarian pun akan bermuara,
Di sini, di dalam hati ini..

Ada masanya waktu akan berjalan perlahan,
Bahkan teramat perlahan,
Memberi ruang,
Hingga bentuk tak lagi memerlukan mimpi,
Dan angan pun akan menari,
Di sini, di dalam hati ini..

Ada masanya waktu akan berlari,
Memaksa kita mengikuti iramanya,
Hingga resah tak lagi memerlukan sunyi,
Dan lagu pun akan tercipta,
Di sini, di dalam hati ini..

by; mrdy kaka

Saturday, February 12, 2011

permulaan sebuah akhiran

" tak siapapun inginkan kesedihan,
dan tak siapapun yang mampu untuk bersugul,
 di sepanjang jalan kehidupan"...

Monday, January 24, 2011

TUNJUKKAN PERBUATAN....

"orang lebih dahulu dipengaruhi oleh apa yang mereka lihat," Anda boleh mempercayai pernyataan ini atau tidak,tetapi itulah kenyataannya. Jika anda saat ini memiliki anak maka anda akan melihatnya.Tidak peduli apa yang anda perintahkan supaya dilakukan oleh anak2 anda, kecenderungan mereka alami adalah mengikut apa yang mereka lihat anda lakukan.

Bagi sebahagian orang besar,jiwa mereka melihat bahawa anda besikap positif,dapat dipercaya dan mempunyai kebolehan yang mengagumkan, mereka akan mencari anda sebagai pengaruh dalam kehidupan mereka. Saat anda bertemu dengan orang2 yang belum mengenal anda , pada mulanya anda pasti belum mempunyai pengaruh pada mereka.Orang2 ini belum dapat melihat kebolehan yang ada di dalam diri anda, namun hal itu tidak akan berlangsung lama.

pada saat berinteraksi dan mereka melihat segala tindakan anda yang membangun kehidupan mereka disitula anda mendaptkan kepercayaan. kepercayaan inilah yang sebenarnya mmbuat anda memlilki pengaruh terhadap orang2 sekitar anda. oleh kerana itu, jagalah kepercayaan yang mereka berikan dengan cara hidup benar di hadapan Tuhan.

Keteladanan yang anda tampilkan melalui perbuatan memliliki pengaruh sangat besar dibandingkan perkataan yang indah dan enak didengar.^_^



(amsal 29:19)



Antara cinta, rindu, kasih syg, angan2 dan kesengsaraan..

Andaikata kita diberikan kuasa untuk menghentikan masa  yg berlalu,????? sungguh hebatnya diri ini jika sang masa menuruti agar kita dapat meleburkan segala batas2 dan perbezaan atara aku, dirinya dan dia..
akan ku ulang masa lalu, akan ku perbetulkan apa yg tk terjelas.. tpi aku hanya mampu berangan.. yg pasti aku masih berkaki 2 dan bepijak d bumi yg nyata. masa itu pula berlalu tanpa perasaan dan belas kasihan.

Menjejaki si bahagia adalah pemburuan yang sejati,
cinta, rindu, kasih syang dan angan2 adakalanya terkorban oleh si bahagia...
bertuahnya si bahagia itu.. siapalh si bahagia itu dan di manakah???
sifu berkata si bahagia itu adalah suatu kenangan, satu insan dan berjuta perasaan.. betulkah??
bak kata sifu lagi tanya sama hati mana asalnya perasaan sayang dan pernahkah sayang itu merindu...
bak kata sifu lagi ingat masa lena apa yg d mimpi, bila berjauhan apa yg perlu d kenang...
bila d fahamkan itulah perasaan sayang..


wow!!!!! sekali-skla best juga berjiwang ni..huhu...
ada talent cobalah...!!!kn

da real effort wit da ging...

                                          idea yg kreatif....kreatif ke???


                                           peace babeh....hihi
                                          sampai rumah bersepah...hehe
                                           kicap pn ada...
                                           da real chef....
                                          chef wit da ikan masin a.k.a salted fish
                                            karya yg terhasi

Saturday, January 22, 2011