Monday, March 14, 2011

Waktu yang Terindah

Ya Tuhanku,
Engkau telah menemukan aku pada seseorang wanita yg telah sanggup mencintai dan mengasihi akan kekurangan ku ini, yg sanggup menerima akan ketidakberadaan ku ini.
Tetapi ya tuhan jadikanlah dia seorang wanita yg mempunyai hati yg amat mencintai engkau lebih dari diriku.
kerana hal itulah yg membuatku meyayanginya, bukan kerana paras rupanya yg cantik mahupun bentuk fizikilnya yg menarik, tetapi kerana keteguhan hatinya yg benar-benar mencintaimu ya Tuhanku...

Janganlah jadikan aku lelaki yg berbangga kerna dicintai tetapi ku pinta agar aku dapat membahagiaknnya dan sekligus membuatkan dia bangga kerana kasih karunia yg engkau berikan kepada ku ya Tuhanku..
Jadikanlah dia seorang wanita yg sempurna pada pandanganmu ya tuhan walupun ia tidak pada perkiraannya sendiri. Agar dia mempunyai kekuatan semangat jati diri yang tinggi dan kepercayaan keyakinan yg jelas sehingga dia mampu menyokong dan meneguhkan  iman hidupku ya Tuhanku..

Ya Tuhanku,
Jadikanlah dia seorang kekasih dan sahabat terbaik di setiap waktuku sepertimu ya tuhan..
supaya aku mampu tersenyum di hari2 sukarku dan biarlah senyumanku mengatasi segala kesedihannya..
Aku juga meminta padamu ya Tuhanku agar aku sentiasa mempunyai tenaga di waktu keletihanku agar aku selalu berdoa untuknya dan juga tentang kebahagian hubungan kami kepadamu ya Tuhanku..
berikanlah kami penglihatan dan pemikiran tentang hal-hal yg baik di antara kami sehinggakn hal-hal yang buruk tengelam oleh kasih kebaikan yg engkau berikan ya Tuhanku..

Ya Tuhanku,
ku pinta agar engkau sentisa memberikanku petunjuk yang penuh dengan kebijaksanaan di setiap penulisan dan pertuturanku. Agar "bisikan suara" hatiku mampu memberikannya semangat dan sokongan di setiap langkah perjalanan hidupnya yg mendatang..

Dan ya Tuhanku,
sehinggalah di hari 2 jiwa menjadi 1 di mana hari perkhawinan kami nanti, kami berdua dapat mengatakan "betapa maha besar kasih yang engkau berikan kerana telah memberikan pasangan yang dapat membuat hidup ini menjadi sempurna"..
Aku amat yakin dan percaya bahawa engkau inginkan kami bertemu pada masa yg tepat sesuai seperti yg engkau telah rencanakan..
dan engkau juga telah melakukan sesuatu yang indah sesuai pada waktu yang kau tentukan.. ya Tuhanku Amen...


By;Angel D'Maria Mrdy.

1 comment: