Monday, August 22, 2011

TeRSirAT DaLaM KesEdiHan

"Umpama jatuh ditimpa tangga, ditimpa pula dinding rumah"..!! huhu..
Walaupun merasakan diri ini kunun positif, tetapi masih saja mengalami perasaan jiwa yang lara. Mungkin kerana hakikatnya kita manusia biasa yang lemah dengan sifat emosi yang telah dianugerahkannya. Hidup sebagai manusia perlukan "kelaraan" dalam mencari "kebahagiaan" dan dalam setiap kebahagiaan itu akan wujud kelaraan yang acap kali membuatkan kita rasa sedih dan nestapa. Adalah sudah menjadi fitrah kejadian dalam kehidupan manusia, iaitu hidup ini dituntut agar "bahagia dan membahagiakan".

Seteguh apa pun keimanan, kita tetap akan mengalami jiwa yang lara. kerna ia adalah wadah untuk menyedari bahawa kita perlukan kekuatan diri untuk bangun dan lebih berdikari. Sebenarnya ketika kita bersedih, kita sedang membuang ego sedikit demi sedikit. Kerna tanpa kesedihan, keegoan kita semakin menebal dalam diri. Sedar tak sedar, dalam arus kehidupan sekarang ini. Kita sedang membina tembok keegoan dengan pujian serta kehendak. Apabila datang kejayaan demi kejayaan, kita mulai alpa dan menjadikan ego itu semakin tebal. Tembok ego yang menebal itu telah menyebapkan kita mulai menjarakan diri padanya maha pencipta Tuhan kita. Maksudnya, melakukan pesekutuan dengannya tetapi jauh dari rasa kedekatan. Berdoa tetapi dengan yakin kejayaan yang diperolehi adalah atas usaha sendiri dan bukan kerna pemberiaannya. Kita inginkan keluraga serta sahabat-sahabat memberi sokongan moral dan menemani dikala ketika kita menghadapi jiwa lara. Tetapi kita lupa bahawa sebenarnya dia  Allah dan Tuhan kita sentiasa  ada memberi lebih daripada sokongan dan dialah juga peneman yang abadi.

Oleh kerna itu dengan kasih sayangnya, diberikannya suatu keadan yang bakal membuatkan kita bersedih hati, berjiwa lara. Apabila keadaan ini kita lalui, tembok ego yang terbina selama ini akan mulai rapuh. Jiwa yang lara dan kesedihan yang telah diberikannya sebenarnya bukan untuk menyakiti tetapi untuk melembutkan hati. Pemberiaannya juga bukanlah perosak tetapi pembina kehalusan rasa. Maka pemberian rasa itulah yang akan memecahkan tembok keegoon agar kita mulai kenal erti sebenar kebahagiaan.

Justeru itu, apabila mengalami jiwa yang lara. Rawatlah dengan api cinta yang membara. Api cinta yang semakin terang dan tidak akan tepadam bahakan semakin mengasyikan. Kembalikan segalanya kepada dia Tuhan kita yang maha mengerti dan mengetahui segalanya. Kerna  disisi-Nya ada sang cinta yang sentiasa membahagiakan.. ^_* ngeh..


By: Mrdy kaka.