Cinta membuat apa saja yg kita lakukan menjdi manis, jdi ringan, jdi senang. kebahagian dlm bercinta membuatkn hati tenang, girang berubah mjdi periang. Dari sikap periang itu muncul curahan idea yg tak pernah ada keringnya.
Emosi bahagia yg timbul kerana cinta membuat kita sentiasa gembira. Melakukan sesuatu ibadah kerna Tuhan juga membuat kita tenang. kita akn rasa bebas dari tekanan, bebas dari menanggung permasalahan.
Bayangkan,,, Bahagia kerana cinta sesama manusia dan bahagia cinta kerana merasa diri kita seorang hamba pada Tuhan Maha Esa, yg maha pemberi dan menentukannya.
Dah tentu kesanya membuatkan kita sentisa bersemangat dan gembira dlm hidup. Bukankah begitu??
Setiap kali sedang mencari inspirasi, carilah cinta. Setiap kali kehilangan inspirasi, carilah Tuhan Yang Maha Esa. Gabungan rasa kehambaan pada Tuhan dengan rasa cinta pada kekasih, pasti inspirasi akan muncul tiba-tiba. Apa saja yg kita lakukan, pasti akan terlaksana dgn penuh rasa gembira. kerna Tuhan maha mengerti, mengetahui dan pemberi apa yg kita inginkan.
Mendekatkan diri kita pada Tuhan Maha Esa dan positifkan perasaan setiap kali kita memikirkan tentang si dia(kekasih). Niatkan di hati untuk membahagiakan si dia, bukan untuk mempermainkan perasaannya. Niatkan cinta kita padanya kerana Tuhan, kerana tuhan menjadikan kita berpasang-pasangan untuk saling mengenali di antara kita, dan menjadi peneman dlm hidup. cinta yg diiringi dgn keredhaan dari Tuhan Maha Pencipta akan dapat mengurangkan masalah dan halangan kita dlm percintaan. Tidak ada sikap merajuk-rajuk dan tidak ada sikap minta dipujuk-pujuk. tidak ada cinta bersyarat, tidak ada cinta sejati yang tidak berkesudahan dgn ikatan pernikahan. cinta sejati akan bahagia juga akhirnya. kita sendiri tidak akan mampu mengungkapkan kesan dari merasai kemanisanya.
Tempoh yg lama dlm perkenalan bukan ukuran sebuah kebahagian, apa yg penting, bukan apa yang telah berlaku sepanjang tempoh 7tahun yg telah berlalu tetapi apa yang akan boleh kita lakaukan selapas ini.(Gabungan dua elemen cinta, Cinta pada Tuhan dan Cinta pada sesama manusia).
By; Angel D'Maria Mrdy