Saturday, June 25, 2011

Bebayang ilusi

Semalam..
Kembali datang,
Memburu angin yang berlalu,
Bak dinding ilusi,
Memerangkap merintih sepi..

Hari ini..
Bagai memberi erti,
Hari dalam cermin,
Retaknya telah terbelah,
Seperti mimpi bermain malam itu,
Berbisa,
Mematri suatu harapan,
Bagai menyahut hasrat nurani,
Memerankap merintih sepi..



Malam ini..
Mungkin akan jauh lagi merenungi diri,
Membongkar akan kekurangan dalam kelebihan,
Bak terang masih terlindung,
Memerangkap merintih sepi..

Dan esok..
Akan dirempuh azab sengsara,
Biar menjadi isyarat jiwa,
Memusnahkan kesedihan,
Akan hakikat yang dikaruniakan,
Biar terperankap merintih sepi,
Kerna kasih dan sayang,
Bukanlah untuk diperjudikan..

                                
                        




  by;Mrdy Kaka




Friday, June 17, 2011

iNDahNYa KeBEnCiaN

"Mungkin kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan mungkin kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Tuhan maha mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya"..

Kebencian menjadi perkara yang menjelikkan kerana kita yang menciptanya sebagai menjelikkan.
Tapi mengapakah kebencian itu sering dikaitkan dengan sifat yang negatif?
Kadang kala kita membenci seseorang itu hinggakan kita tidak mampu mendengar namanya. Apabila kita menceritakan kisah lama dan secara tak sengaja terlintas namanya dalam cerita kita maka dengan itu tiba-tiba rasa benci itu terbit seiring dengan emosi yang amat sangat.

Mengapa terus melayan kebencian itu seperti mana ia mahu di layan??
Sedangkan kebencian itu datang sebagai satu wadah pemberitahuan.
Sebenarnya Tuhan sedang melatih kita untuk mendalami rasa yang perlu kita singkirkan dalam hidup, agar kita mampu hidup sesama insan dengan penuh kasih dan sayang. kita sering kali membenci seseorang itu kerana dirinya. maka janganlah membenci seseorang itu kerana rencana yang telah Tuhan tentukan.

Perasaan kecewa dan membenci, cukup jelas mencerminkan bahawa yang perlu dalam kehidupan kita adalah kecintaan. kita tidak akan mengenal rasa cinta yang benar tanpa mengetahui apa ertinya benci. fahamilah bahawa apabila kita pernah merasa kecewa dan membenci, maka ia juga adalah penawar cinta yang bakal akan datang, cinta yang lebih dalam ertinya, cinta yang lebih kita fahami keberadaannya.

Cinta yang lebih dalam terhasil dari putik cinta yang kecil dan kemudiannya dikembangkan, hingga apabila sudah menjadi tahap matangnya, ia menjadi lebih indah daripada apa yang disangka.
Buktinya mudah, apabila datang kebencian terhadap sesuatu perkara, barulah kita mengingati Tuhan, doa yang dahulunya ala kadar, barulah penuh perasaan. Jika benar-benar difahamkan, maka akan lebih banyak berterima kasih kepada rasa kebencian itu, kerana sudah berjaya menukrnya agar kita menjadi insan yang lebih bergantung kepada dia yang satu "Tuhan dan Juruselamat".

Bak kata seorang pendeta;
               
       "Siapa yang ingin mengetahui kedudukanya di sisi Tuhan, hendaklah dia mengamati bagaimana kedudukan Tuhan dalam dirinya. kerana Tuhan menempatkan hamba-Nya dalam kedudukan, sebagaimana dia menempatkan kedudukan ALLAH pada dirinya"...

Maka dengan itu kita perlu duduk bersama-Nya dan menerima pemberian rasa itu dengan kenikmatan. kerana dalam kebencian itu ada yang tersiratnya. kebencian juga adalah suatu rahmat dalam menjalani litar kehidupan ini.
Layanlah kebencian itu dengan Tuhan, kerana kebencian itu akan mengajar kita mencintai Tuhan. Hindarilah diri kita dari mengikut kebencian kerana jalan akhirnya adalah kemusnahan. kebencian itu datang kerana ia mendidik agar kita pulang kepada maha pencipta dan ia tak pernah datang mengharapkan kita mengikutinya.

Monday, June 6, 2011

Tangis dlm senyum

Adakalanya,..
keselesaan menjadi pembosan..
menghilangkan apa yg sepatutnya dicari..
Tercari-cari.. lagi.!!! dan tak kan dicari....
mendung bergerak mengaburi panas ceria sang matahari...
hujan tertanya-tanya dan di sebut.. "hujan".... untuk apakah bertanya...
begitulah bermacam ketidakpastian luahan persoalan yg cuba untuk menjerat..huhu..

Tangan bergerak lagi...,
kehidupan ini..
dikala terbit selesa..
seiring juga keresahan..
bukan!!!.. inikah yang ku mahu...??? Tidak...
apakah tuhan sengaja menguji... layak kah diri ini diuji...
oh tidak...
sebenarnya tuhan tidak akan pernah membebani seseorang ini..
melainkan kesanggupan seseorang ini melalui dua perkara.. baik dan jahat.. ya.. baik dan jahat!

laluan hidup tercipta kerna pengalaman..
Cinta dan kehidupan..
seperti cinta..
bila saling mencintai, tiba-tiba cinta memilih untuk pergi..
siapa dan apakah perlu untuk di persalahkan.. tk perlu untuk dipaksa merelakan..
kerna setiap apa yg berlaku pasti ada yg tersembunyi...
jawapan akn menyusul selapas masa silih berganti..
ingatkan hati..
jangan ada kesempatan..
jangan memilih pasangan..
kerana cinta akan memilih untuk singgah di hati sesiapa..
terimalah apa pun yg berlaku dangan penuh keredaan dan syukur kepadanya "Tuhan",
kerana betapa mulianya kasihnya sehinggakan sanggup untuk membangunkan kita dari kelekaan dosa-dosa..

kerana adalah pasti,..
cinta akan datang jua kepada mereka yg masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. kepada mereka yg masih percaya walaupun mereka pernah dikhianati. kepada mereka yg masih ingin mencintai, walaupun mereka telah di sakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan utk membangunkan kembali kepercayaan..

"jangan"..

"jangan", sesakali mengucapkan slmt tinggal jika kmu masih mahu mencuba...
"jangan", sesekali menyerah jika kmu masih merasa sanggup..
"jangan", sesekali mengatakan kmu tidak mencintainya lagi jika kmu masih tidak dapat melupakanya..

"adalah amat menyedihkan apabila ditemukan dgn seorang yg sangat bererti dlm hidup. hanya utk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan harus dibiarkanya pergi"..

Apakah benar perasaan cinta itu dimulai dari mata??, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga.
"jangan"
jika apabila ingin berhenti menyukai  seseorang, cukup dgn sekadar menutup telinga. tetapi apabila kmu cuba menutup matamu dari orang yg kmu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan akan terus tinggal dihatimu dlm jarak waktu yg cukup lama.

   Al-kisah tentang 2 titis air mata yg jatuh dan mengalir di sebuah sungai;
   satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,
 " saya air mata seorang gadis yg mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilanganya. kmu siapa pula?"
   air mata yg kedua menjawap,
 " sya air mata seorng lelaki yg menyesal membiarkan seorang gadis yg mencintai sya berlalu begitu saja".
  Maka cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.
Kasih murni ialah kasih ibubapa kepada anaknya, manakala cinta sejati ialah kasih tuhan kepada hambanya.
by: mardy kaka

Sunday, June 5, 2011

12 kata "Jangan" yg perlu dihindari :

1.Jangan menunggu bahagia baru tersenyum,tapi tersenyumlah,maka kamu kian bahagia.
2.Jangan menunggu kaya baru bersedekah,tapi bersedekahlah,maka kamu semakin kaya   
3.Jangan menunggu termotivasi baru bergerak,tapi bergeraklah, maka kamu akan   
   termotivasi.  
4.Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli,tapi pedulilah dengan orang lain! 
     Maka kamu akan dipedulikan...   
5.Jangan menunggu orang memahami kamu baru kamu memahami dia,tapi Fahamilah 
   orang itu, maka orang itu Faham dengan kamu.   
6.Jangan menunggu terinspirasi baru menulis,tapi menulislah,maka inspirasi akan hadir 
   dalam tulisanmu.   
7.Jangan menunggu projek baru bekerja,tapi bekerjalah,maka projek akan   
    menunggumu.   
8.Jangan menunggu dicintai baru mencintai,tapi belajarlah mencintai,maka kamu akan   
   dicintai.   
9.Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. 
   Percayalah,bukan sekadar wang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.  
10.Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti,tapi bergeraklah,maka kamu akan 
      menjadi contoh yang diikuti.   
11.Jangan menunggu sehingga berjaya baru bersyukur.tapi bersyukurlah,maka bertambah 
     kamu berjaya. 
12.Jangan menunggu boleh baru melakukan,tapi lakukanlah! Kamu pasti boleh! "Apa   
     yang kamu tanam itulah yg akan kamu tuai "  



 sumber: unknown

posted by:Jessica^_^
just for fun...