Wednesday, November 21, 2012

Bicara Tentang Duit.

Duit! persoalan yg seiring juga pelbagai jawapan yg mendatang dalam kotak fikiran manusia.
"tak cukup duit?,.. mcm mana nak habiskan duit?,.. nak cari duit lebih?..."
jika d tanya .."asyik kerja siang dan malam, tak cukup2 lgi duit yg awak ada?..." seiring juga jawapan spontan akan kedengaran .." ko tak tahu masalah aku?.." . apakah masalah itu datang dari duit..?

Duit! persoalan yg jawapannya jelas bahawa kehidupan masa kini memerlukannya.
Hubungan suami istri yg dahulunya kelihatan begitu intim boleh bermasam muka malahan ada juga yg akan melalui alam penceraian hanya kerna disebab kan oleh perkara yg satu ini..DUIT. masa kan timbul perkataan "..ada duit abangku sayang, tak ada duit abangku melayang.."
kadangkala juga ada sesetengah baginya kalau tak ada duit maka hilanglah nikimatnya hidup di dunia ini.
Memanglah kehidupan ini harus memiliki duit, tetapi yg silapnya apabila duit diletakan di tempat no1 sehinggakan sangup diperhambakan, berajakan duit. malahan ada sesetgah org yg sangup mengadai maruah hanya kerna memerlukan duit untuk memiliki apa yg dinginkanya.
tetapi walau bagaimanapun duit juga boleh menjadikan sesorang itu berjati diri, lebih bermaruah asalkan jika mampu membendung kuasa nafsu keinginannya tentang duit. berpada pada lah dlm berblanja, jika ada duit,".. pandulah dgn cara yg lebih berhema, jangan biarkan duit yg memandu kita..". kerna hidup ini lebih bermakna dari duit, dengan duit juga kita mampu sebarkan kebahagian kepada meraka yg lebih memerlukan walaupun sedikit tetapi rasa kesyukuran itu akan ada. bukan kepada kita, tapi kepada yg telah memberi kita, dia yg satu maha pemberi lgi mengerti.

Tuesday, August 14, 2012


Photo: HIKMAT SEJATI HANYA BERASAL DARI TUHAN

“Jikalau engkau mencari (hikmat) seperti mencari perak, dan mengejarnya seperti mengejar harta terpendam.” — Amsal 2:4

Belajar adalah tugas seumur hidup ...
Belajar membuat semua orang berkembang ...
Belajar menjadikan semua orang berhasil di bidangnya masing-masing!

Mencari hikmat memang membutuhkan usaha, dan Kitab Suci memberitahu di mana kita dapat menemukannya: “Karena Tuhanlah yang memberikan hikmat, dari mulut-Nya datang pengetahuan dan kepandaian” (Amsal 2:6).

“Kita dapat memperoleh banyak pengetahuan;
Tetapi hikmat sejati hanya berasal dari-Nya;
Allah, mampukan kami mencari hikmat-Mu dengan segenap hati;
Karena Engkaulah sumber dari segala hikmat dalam hidup kami. Amin.”

Selamat siang, Sahabat Saat Teduh. Salam Inspirasi! (FVC)




                                                                                                                               Dipetik dr saat Teduh

Saturday, October 22, 2011

cInTa

'Cinta'..
"Bermula daripada tiada, dengan sebap dan alasan tersendiri, cinta itu wujud"...
Ia adalah suatu perasaan yang muncul dalam diri bila berhadapan dengan satu situasi;..Memerlukan!!..
Apabila diri memerlukan dan diperlukan, usia, rupa atau pangkat bukan lagi halangan atau ukuran dalam Cinta. Sifat cinta adalah bebas tanpa syarat kecuali sama-sama memerlukan.

"Diperhiaskan pada pandangan manusia, kecintaan terhadap apa yang diingini"...
Namun harus berhati-hati dengan cinta, kerana keinginan kadangkalanya sanggup menuruti kehendak. Sehinggakan maruah dan harga diri musnah kernanya.
Walaubagaimanapun cinta itu tak perlu dipersalahkan. Yang salahnya adalah apabila cinta dan kasih sayang dijadikan alasan untuk mehalalkan perlakuan- perlakuan yang sumbang.
Bercinta itu juga bukanlah satu dosa bahakan ia seperti ibadah andainya ALLAH turut diundang untuk memimpin cinta itu. Tetapi sebaliknya jikalau cinta itu dilaksanakan mengikut tuntutan hawa nafsu yang tidak terkawal serta tidak segan-segan merealitikan hasutan syaitan.

'Cinta'..
Pada asasnya adalah untuk saling menyelamatkan, melindungi dan saling membahagiakan. Janganlah meletakan cinta itu pada harapan dan mencintai seseorang itu dengan sepenuh hati. kerna ia seperti saja meletakan diri kepada makhluk yang belum tentu mampu memberikan kebahagian. Sepatutnya cinta itu harus diletakan kepada Tuhan yang maha mengerti, kerna dia jugalah yang mampu menciptakan segala-galanya.

Harus diingat "Sebelum ada, adalah tiada dan selepas ada juga boleh ada tiada"..
Jika mengharapkan luahan cinta di awal percintaan atau di awal perkahwinan, memang tidak memadai. kerna cinta yang lahir atas dasar suka sama suka boleh berpisah akhirnnya. Puncanya kerna cinta yang telah ada itu dibiarkan membeku dengan pendirian cinta yang kononnya akan tetap hangat mekar walaupun tanpa siraman kasih sayang.

"Embun pun takkan mampu menyuburkan sekuntum bunga yang layu pada musim luruh, yang dahulunya mekar di sinar suria, bila sudah kering pasti akan gugur"..

'Cinta'
Bukan sekadar perasaan yang disimpan, tetapi perlu dihangatkan setiap masa dan ketika..huhu..ngeh..

                                                                                                                         By:Mrdy kaka

Monday, August 22, 2011

TeRSirAT DaLaM KesEdiHan

"Umpama jatuh ditimpa tangga, ditimpa pula dinding rumah"..!! huhu..
Walaupun merasakan diri ini kunun positif, tetapi masih saja mengalami perasaan jiwa yang lara. Mungkin kerana hakikatnya kita manusia biasa yang lemah dengan sifat emosi yang telah dianugerahkannya. Hidup sebagai manusia perlukan "kelaraan" dalam mencari "kebahagiaan" dan dalam setiap kebahagiaan itu akan wujud kelaraan yang acap kali membuatkan kita rasa sedih dan nestapa. Adalah sudah menjadi fitrah kejadian dalam kehidupan manusia, iaitu hidup ini dituntut agar "bahagia dan membahagiakan".

Seteguh apa pun keimanan, kita tetap akan mengalami jiwa yang lara. kerna ia adalah wadah untuk menyedari bahawa kita perlukan kekuatan diri untuk bangun dan lebih berdikari. Sebenarnya ketika kita bersedih, kita sedang membuang ego sedikit demi sedikit. Kerna tanpa kesedihan, keegoan kita semakin menebal dalam diri. Sedar tak sedar, dalam arus kehidupan sekarang ini. Kita sedang membina tembok keegoan dengan pujian serta kehendak. Apabila datang kejayaan demi kejayaan, kita mulai alpa dan menjadikan ego itu semakin tebal. Tembok ego yang menebal itu telah menyebapkan kita mulai menjarakan diri padanya maha pencipta Tuhan kita. Maksudnya, melakukan pesekutuan dengannya tetapi jauh dari rasa kedekatan. Berdoa tetapi dengan yakin kejayaan yang diperolehi adalah atas usaha sendiri dan bukan kerna pemberiaannya. Kita inginkan keluraga serta sahabat-sahabat memberi sokongan moral dan menemani dikala ketika kita menghadapi jiwa lara. Tetapi kita lupa bahawa sebenarnya dia  Allah dan Tuhan kita sentiasa  ada memberi lebih daripada sokongan dan dialah juga peneman yang abadi.

Oleh kerna itu dengan kasih sayangnya, diberikannya suatu keadan yang bakal membuatkan kita bersedih hati, berjiwa lara. Apabila keadaan ini kita lalui, tembok ego yang terbina selama ini akan mulai rapuh. Jiwa yang lara dan kesedihan yang telah diberikannya sebenarnya bukan untuk menyakiti tetapi untuk melembutkan hati. Pemberiaannya juga bukanlah perosak tetapi pembina kehalusan rasa. Maka pemberian rasa itulah yang akan memecahkan tembok keegoon agar kita mulai kenal erti sebenar kebahagiaan.

Justeru itu, apabila mengalami jiwa yang lara. Rawatlah dengan api cinta yang membara. Api cinta yang semakin terang dan tidak akan tepadam bahakan semakin mengasyikan. Kembalikan segalanya kepada dia Tuhan kita yang maha mengerti dan mengetahui segalanya. Kerna  disisi-Nya ada sang cinta yang sentiasa membahagiakan.. ^_* ngeh..


By: Mrdy kaka.

Saturday, July 9, 2011

Anugerah.^_^

Cinta adalah anugerah Allah kepada manusia. Sebagai anugerah, cinta seharusnya menuntun manusia untuk saling melengkapi dalam menyatakan kemuliaan dan kasih Allah yang agung. Cinta seharusnya tidak buta dan tidak membutakan seseorang dalam menjalani hidup, tetapi memampukannya membina hidup yang berkualiti dan berbuah.






SUSAHNYA LANGKAH AWAL

Di sepanjang hidup, kita memang selalu diperhadapkan dengan keputusan-keputusan yang harus diambil. Biasanya, sebelum mengambil keputusan kita diperhadapkan dengan keraguan, ketakutan, atau kekuathiran, apakah keputusan yang kita ambil itu tepat. Namun, yang dikatakan firman Tuhan hari ini luar biasa. Cuba renungkan kalimat "Tuhan menetapkan langkah-langkah orang". Ini berarti bahwa di dalam Tuhan sesungguhnya kita akan mendapatkan langkah-langkah yang pasti, walau terkadang kita tidak tahu apa yang akan kita alami esok hari. Ini adalah janji Tuhan.

Namun, harus dicermati juga bahwa janji ini mengandung syarat, yaitu "bagi orang yang berkenan kepada-Nya". Ertinya, apabila kita memang ingin mendapat bimbingan Tuhan dalam mengambil keputusan maka hal pertama yang harus kita lakukan adalah hidup berkenan di hadapan-Nya. Allah telah menyatakan setiap kehendak-Nya melalui firman Tuhan. Dan, dengan kita mendengar serta taat pada firman-Nya, kita tengah dipimpin untuk menjalani hidup yang berkenan. Di dalam Dia, kita mendapat tuntunan yang terbaik, yang memuliakan nama-Nya.




MILIKILAH HIDUP YANG DIPERKENAN TUHAN

MAKA DIA AKAN MENETAPKAN LANGKAH-LANGKAH ANDA

        copy from:SABDA ^_^
posted by:Jessica

Saturday, June 25, 2011

Bebayang ilusi

Semalam..
Kembali datang,
Memburu angin yang berlalu,
Bak dinding ilusi,
Memerangkap merintih sepi..

Hari ini..
Bagai memberi erti,
Hari dalam cermin,
Retaknya telah terbelah,
Seperti mimpi bermain malam itu,
Berbisa,
Mematri suatu harapan,
Bagai menyahut hasrat nurani,
Memerankap merintih sepi..



Malam ini..
Mungkin akan jauh lagi merenungi diri,
Membongkar akan kekurangan dalam kelebihan,
Bak terang masih terlindung,
Memerangkap merintih sepi..

Dan esok..
Akan dirempuh azab sengsara,
Biar menjadi isyarat jiwa,
Memusnahkan kesedihan,
Akan hakikat yang dikaruniakan,
Biar terperankap merintih sepi,
Kerna kasih dan sayang,
Bukanlah untuk diperjudikan..

                                
                        




  by;Mrdy Kaka




Friday, June 17, 2011

iNDahNYa KeBEnCiaN

"Mungkin kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan mungkin kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Tuhan maha mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya"..

Kebencian menjadi perkara yang menjelikkan kerana kita yang menciptanya sebagai menjelikkan.
Tapi mengapakah kebencian itu sering dikaitkan dengan sifat yang negatif?
Kadang kala kita membenci seseorang itu hinggakan kita tidak mampu mendengar namanya. Apabila kita menceritakan kisah lama dan secara tak sengaja terlintas namanya dalam cerita kita maka dengan itu tiba-tiba rasa benci itu terbit seiring dengan emosi yang amat sangat.

Mengapa terus melayan kebencian itu seperti mana ia mahu di layan??
Sedangkan kebencian itu datang sebagai satu wadah pemberitahuan.
Sebenarnya Tuhan sedang melatih kita untuk mendalami rasa yang perlu kita singkirkan dalam hidup, agar kita mampu hidup sesama insan dengan penuh kasih dan sayang. kita sering kali membenci seseorang itu kerana dirinya. maka janganlah membenci seseorang itu kerana rencana yang telah Tuhan tentukan.

Perasaan kecewa dan membenci, cukup jelas mencerminkan bahawa yang perlu dalam kehidupan kita adalah kecintaan. kita tidak akan mengenal rasa cinta yang benar tanpa mengetahui apa ertinya benci. fahamilah bahawa apabila kita pernah merasa kecewa dan membenci, maka ia juga adalah penawar cinta yang bakal akan datang, cinta yang lebih dalam ertinya, cinta yang lebih kita fahami keberadaannya.

Cinta yang lebih dalam terhasil dari putik cinta yang kecil dan kemudiannya dikembangkan, hingga apabila sudah menjadi tahap matangnya, ia menjadi lebih indah daripada apa yang disangka.
Buktinya mudah, apabila datang kebencian terhadap sesuatu perkara, barulah kita mengingati Tuhan, doa yang dahulunya ala kadar, barulah penuh perasaan. Jika benar-benar difahamkan, maka akan lebih banyak berterima kasih kepada rasa kebencian itu, kerana sudah berjaya menukrnya agar kita menjadi insan yang lebih bergantung kepada dia yang satu "Tuhan dan Juruselamat".

Bak kata seorang pendeta;
               
       "Siapa yang ingin mengetahui kedudukanya di sisi Tuhan, hendaklah dia mengamati bagaimana kedudukan Tuhan dalam dirinya. kerana Tuhan menempatkan hamba-Nya dalam kedudukan, sebagaimana dia menempatkan kedudukan ALLAH pada dirinya"...

Maka dengan itu kita perlu duduk bersama-Nya dan menerima pemberian rasa itu dengan kenikmatan. kerana dalam kebencian itu ada yang tersiratnya. kebencian juga adalah suatu rahmat dalam menjalani litar kehidupan ini.
Layanlah kebencian itu dengan Tuhan, kerana kebencian itu akan mengajar kita mencintai Tuhan. Hindarilah diri kita dari mengikut kebencian kerana jalan akhirnya adalah kemusnahan. kebencian itu datang kerana ia mendidik agar kita pulang kepada maha pencipta dan ia tak pernah datang mengharapkan kita mengikutinya.