Friday, June 17, 2011

iNDahNYa KeBEnCiaN

"Mungkin kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan mungkin kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Tuhan maha mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya"..

Kebencian menjadi perkara yang menjelikkan kerana kita yang menciptanya sebagai menjelikkan.
Tapi mengapakah kebencian itu sering dikaitkan dengan sifat yang negatif?
Kadang kala kita membenci seseorang itu hinggakan kita tidak mampu mendengar namanya. Apabila kita menceritakan kisah lama dan secara tak sengaja terlintas namanya dalam cerita kita maka dengan itu tiba-tiba rasa benci itu terbit seiring dengan emosi yang amat sangat.

Mengapa terus melayan kebencian itu seperti mana ia mahu di layan??
Sedangkan kebencian itu datang sebagai satu wadah pemberitahuan.
Sebenarnya Tuhan sedang melatih kita untuk mendalami rasa yang perlu kita singkirkan dalam hidup, agar kita mampu hidup sesama insan dengan penuh kasih dan sayang. kita sering kali membenci seseorang itu kerana dirinya. maka janganlah membenci seseorang itu kerana rencana yang telah Tuhan tentukan.

Perasaan kecewa dan membenci, cukup jelas mencerminkan bahawa yang perlu dalam kehidupan kita adalah kecintaan. kita tidak akan mengenal rasa cinta yang benar tanpa mengetahui apa ertinya benci. fahamilah bahawa apabila kita pernah merasa kecewa dan membenci, maka ia juga adalah penawar cinta yang bakal akan datang, cinta yang lebih dalam ertinya, cinta yang lebih kita fahami keberadaannya.

Cinta yang lebih dalam terhasil dari putik cinta yang kecil dan kemudiannya dikembangkan, hingga apabila sudah menjadi tahap matangnya, ia menjadi lebih indah daripada apa yang disangka.
Buktinya mudah, apabila datang kebencian terhadap sesuatu perkara, barulah kita mengingati Tuhan, doa yang dahulunya ala kadar, barulah penuh perasaan. Jika benar-benar difahamkan, maka akan lebih banyak berterima kasih kepada rasa kebencian itu, kerana sudah berjaya menukrnya agar kita menjadi insan yang lebih bergantung kepada dia yang satu "Tuhan dan Juruselamat".

Bak kata seorang pendeta;
               
       "Siapa yang ingin mengetahui kedudukanya di sisi Tuhan, hendaklah dia mengamati bagaimana kedudukan Tuhan dalam dirinya. kerana Tuhan menempatkan hamba-Nya dalam kedudukan, sebagaimana dia menempatkan kedudukan ALLAH pada dirinya"...

Maka dengan itu kita perlu duduk bersama-Nya dan menerima pemberian rasa itu dengan kenikmatan. kerana dalam kebencian itu ada yang tersiratnya. kebencian juga adalah suatu rahmat dalam menjalani litar kehidupan ini.
Layanlah kebencian itu dengan Tuhan, kerana kebencian itu akan mengajar kita mencintai Tuhan. Hindarilah diri kita dari mengikut kebencian kerana jalan akhirnya adalah kemusnahan. kebencian itu datang kerana ia mendidik agar kita pulang kepada maha pencipta dan ia tak pernah datang mengharapkan kita mengikutinya.

No comments:

Post a Comment