Saturday, October 22, 2011

cInTa

'Cinta'..
"Bermula daripada tiada, dengan sebap dan alasan tersendiri, cinta itu wujud"...
Ia adalah suatu perasaan yang muncul dalam diri bila berhadapan dengan satu situasi;..Memerlukan!!..
Apabila diri memerlukan dan diperlukan, usia, rupa atau pangkat bukan lagi halangan atau ukuran dalam Cinta. Sifat cinta adalah bebas tanpa syarat kecuali sama-sama memerlukan.

"Diperhiaskan pada pandangan manusia, kecintaan terhadap apa yang diingini"...
Namun harus berhati-hati dengan cinta, kerana keinginan kadangkalanya sanggup menuruti kehendak. Sehinggakan maruah dan harga diri musnah kernanya.
Walaubagaimanapun cinta itu tak perlu dipersalahkan. Yang salahnya adalah apabila cinta dan kasih sayang dijadikan alasan untuk mehalalkan perlakuan- perlakuan yang sumbang.
Bercinta itu juga bukanlah satu dosa bahakan ia seperti ibadah andainya ALLAH turut diundang untuk memimpin cinta itu. Tetapi sebaliknya jikalau cinta itu dilaksanakan mengikut tuntutan hawa nafsu yang tidak terkawal serta tidak segan-segan merealitikan hasutan syaitan.

'Cinta'..
Pada asasnya adalah untuk saling menyelamatkan, melindungi dan saling membahagiakan. Janganlah meletakan cinta itu pada harapan dan mencintai seseorang itu dengan sepenuh hati. kerna ia seperti saja meletakan diri kepada makhluk yang belum tentu mampu memberikan kebahagian. Sepatutnya cinta itu harus diletakan kepada Tuhan yang maha mengerti, kerna dia jugalah yang mampu menciptakan segala-galanya.

Harus diingat "Sebelum ada, adalah tiada dan selepas ada juga boleh ada tiada"..
Jika mengharapkan luahan cinta di awal percintaan atau di awal perkahwinan, memang tidak memadai. kerna cinta yang lahir atas dasar suka sama suka boleh berpisah akhirnnya. Puncanya kerna cinta yang telah ada itu dibiarkan membeku dengan pendirian cinta yang kononnya akan tetap hangat mekar walaupun tanpa siraman kasih sayang.

"Embun pun takkan mampu menyuburkan sekuntum bunga yang layu pada musim luruh, yang dahulunya mekar di sinar suria, bila sudah kering pasti akan gugur"..

'Cinta'
Bukan sekadar perasaan yang disimpan, tetapi perlu dihangatkan setiap masa dan ketika..huhu..ngeh..

                                                                                                                         By:Mrdy kaka

No comments:

Post a Comment