Monday, February 21, 2011

inspirasi

beberapa petikan kata-kata inspirasi bagi wanita-wanita yang mungkin
sedang mengharungi masa yg sukar dalam hidup.
menempuhi peringkat, seperti,( " mengapa saya"," tidak adil",
" bagaimana org yg melakukan kesalahan terlepas begitu sahaja",
" bagaimana aku melalui semua ini".)
kadangkala, pengalaman pahit dalam hidup, membantu seseorang itu untuk menjadi yang lebih sempurna.
kadangkala pula, seseorang itu menjadi seorang yg terselamat yang mengorak langkah menuju hari-hari esok yg lebih cerah  dgn yakin dan berani, selalunya tanpa sebarang bantuan..


Tidak salah untuk berasa kecewa dan marah. tetapi jangan biarkan emosi dan perasaan negatif itu menguasai hidup sendiri. adalah lebih bijak dan baik jika dapat menyalurkan emosi dan perasaan negatif itu menjadi tenaga kepada tindakan yang lebih positif.

manusia terlalu banyak berbincang mengenai sudut negatif, mengenai perkara yang tidak kena. mengapa tidak cuba melihat dari sudut pandangan positif, menyentuh perkara tersebut dan mengembangkanya?

selalulah menaruh harapan,(selalu bersekutu dgnnya yg 1 tuhan kita).. apabila amalan menaruh harapan menjadi suatu tabiat,.. seseorang itu akan mencapai kegembiraan jiwa yang berkekalan. ( berharap dengan penuh keikhalasan).
Anggaplah yg harapan akan kembali cerah. anggaplah yang doa kita itu akan terkabul dalam cara yang menakjubkan. kemarau hidup tidak akan berkekalan. hujan musim bunga akan kembali..

Apabila syurga hendak menganugerahkan tanggungjawap yg berat ke atas seorang insan, pertama sekali, ia akan menguji kekuatan mindanya dgn mengenakan penderitaan, membebankan otot-otot dan tulangnya dgn tugas-tugas yg menjerihkan, membiarkannya kelaparaan, menghalangnya daripada memiliki sebarang harta benda, dan menghancurkan segala yg dibinanya.
dengan cara ini, syurga meransang mindanya, mengawal kemarahannya dan memperbaiki kelemahanya.

sekirannya sya berpeluang berdiri  menghadap Tuhan pada akhir hayat saya, saya berharap agar saya tidak mempunyai saki-baki bakat yang tinggal dan saya dapat berkata, "aku telah  menggunakan segala apa yang telah engkau berikan kepada ku"..



by; Mrdy Kaka

No comments:

Post a Comment